Kenapa anda takut??? Perniagaan adalah kerjaya yang menguntungkan..


Kenapa anda takut? Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.

Jadi, persoalannya, sekrianya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?

Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN



MINAT

Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.

Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.

Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.

PERMINTAAN

MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.

Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?

Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.


Oleh itu, equationnya adalah;

MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pastikan anda memiliki kedua-duanya!

 Kesilapan utama perniagaan Internet



Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…


TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.
Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.

Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang!


TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.
Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!

TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.
Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda!

HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.
Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.

Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!

MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.
Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!

Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!





Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.
Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, “Why do we fall?”, dan jawapan yang dia dapat adalah “Because we can learn to pick ourselves up again!”

So, don’t worry. Be happy… tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan! Percayalah kun fayakun dan berdoa lah kepadanya...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hai Friends harap u All LIKE FANPAGE FACEBOOK Wawa, Tekan Like di bawah ye...Love u all.